PEMANTAUAN SPI 2015
Pemantauan Bersepadu SPI

Kumpulan Pemantau SPI

Pemantauan Khas j-QAF

Pemantauan KAP/SAR/KAFA
PAUTAN
Images: My_Network_Places-64.png
GALERI
Images: 1252907711[1].png
PEKDIS
Images: 19327300241126354446[2].png
FACEBOOK SPI
Images: 3537222711256557068[1].png
Member Poll
Respon Laman Web SPI JPNS









You must login to vote.
Users Online
Guests Online: 1

Members Online: 0

Total Members: 17,735
Newest Member: sarah24711
STATISTIK PELAWAT
Jumlah Pelawat : 1023172
Laman Web Dibuka Semenjak 2427 Hari
421 Pelawat Hari Ini
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM SEMINAR MATEMATIK DAN SAINS SEKOLAH-SEKOLAH IPA NEGERI TAHUN 2011.

     Alhamdulillah, sebagaimana yang di rancang , Program Seminar Sains dan Matematik pelajar-pelajar sekolah agama (Institusi Pendidikan Agama) anjuran Bersama Universtiti Sains Islam Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (Sektor Pendidikan Islam) dan Persatuan Matematik dan Sains Malaysia telah berjaya diadakan dengan cemerlang. Kerjasama yang mantap oleh gandingan pegawai Sektor Pendidikan Islam dan gandingan barisan pentadbiran USIM melalui orang kuatnya Encik Mohd Asri bin Husain (Timbalan Pendaftar) telah dapat memberikan impak yang cemerlang dalam merealisasikan objektif yang digarapkan. Setinggi penghargaan juga di garapkan kepada barisan Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi yang telah menunjukkan komitmen yang mantap dan padu terutamanya kepada pimpinan tertinggi mereka .Tidak lupa juga kepada barisan Jaksa Kolej Kediaman 1 yang telah menyusun program untuk peserta-peserta yang telah ditempatkan di asrama sehari sebelum program Seminar diadakan.

Images: Seminar1.JPG

     Seminar ini dihadiri oleh seramai 450 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari seluruh Institusi Pendidikan Agama di Negeri Sembilan. Ada 3 slot yang di kupas dengan begitu menarik sehingga dapat membantu para peserta memahami fenomena kejadian Alam ciptaan Allah ini mempunyai kaitan dengan Ilmu Matematik dan sains. Seminar ini dirasmikan oleh YB Dato’ Shamsulkahar Mohd Deli selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi , Negeri Sembilan. Ucapan motivasi dan semangat yang di lontarkan dalam ucapan beliau jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan pendidikan terutamanya pendidikan yang berorientasikan agama. Sekalung penghargaan kepada Puan Shamsiah Dimin, En Shaharudin Jumat, En Mohd Hasbi Mokhtar, Encik Darmady Zulkafly serta Puan Che Raziyusnita Irni bt Hj Che Wan (Penyelaras Program) yang berada bersama pelajar sepanjang perjalanan program. Terima kasih jua kepada Ustaz Adnan Abdul Hamid, Ustaz Mohd Wazir Hamzah dan khususnya Ketua Sektor yang dapat menghadirkan diri.

     Sektor Pendidikan Islam amat menaruh harapan kepada semua pelajar Tingkatan 5 calon SPM 2011 yang telah di kumpulkan di Dewan Kuliah Pusat 3, Fakulti Sains dan Teknologi sempena Seminar ini untuk mempertahankan kecemerlangan dalam peperiksaan Awam SPM. Tetap Teguh Mendokong Aspirasi Institusi Pendidikan Agama.

                                                  [Koleksi Gambar]

Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
KETUA SEKTOR
Images: KS Ust Wazir 1.png
TN MOHD WAZIR BIN HAMZAH
KETUA SEKTOR
SPI JPNS
KALENDAR
MASA ITU EMAS
Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]