PEMANTAUAN SPI 2015
Pemantauan Bersepadu SPI

Kumpulan Pemantau SPI

Pemantauan Khas j-QAF

Pemantauan KAP/SAR/KAFA
PAUTAN
Images: My_Network_Places-64.png
GALERI
Images: 1252907711[1].png
PEKDIS
Images: 19327300241126354446[2].png
FACEBOOK SPI
Images: 3537222711256557068[1].png
Member Poll
Respon Laman Web SPI JPNS









You must login to vote.
Users Online
Guests Online: 1

Members Online: 0

Total Members: 17,735
Newest Member: sarah24711
STATISTIK PELAWAT
Jumlah Pelawat : 1007145
Laman Web Dibuka Semenjak 2393 Hari
420 Pelawat Hari Ini
PELAKSANAAN UJIAN DIAGNOSTIK KEM CEMERLANG JAWI PROGRAM j-QAF TAHUN 2015
Satu ujian yang dinamakan Ujian Diagnostik Kem Cemerlang Jawi akan dijalankan untuk mengukur pencapaian murid bagi pemilihan murid untuk mengikuti kem tersebut yang akan dilaksanakan secara serentak pada 10 Julai 2015.

Sehubungan dengan itu, adalah dimohon kepada semua sekolah SK/SJKC/SJKT/SMK Model Khas (Batu Kikir) untuk memuat turun Soalan Diagnostik dan Borang Rekod Pencapaian Murid seperti yang dilampirkan di bawah ini.

Keputusan Ujian Diagnostik hendaklah dilaporkan ke Pejabat Pendidikan Daerah dan Sektor Pendidikan Islam, JPNS selewat-lewatnya pada 27 Julai 2015

BUKU PANDUAN DAN MODUL PELAKSANAAN KEM CEMERLANG JAWI (KCJ) PROGRAM j-QAF TAHUN 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, KPM telah menyemak semula pelaksanaan Model Pemulihan Jawi dalam program j-QAF selaras dengan pelaksanaan norma baharu Guru Pendidikan Islam sekolah rendah.
Mulai tahun 2015, model ini akan dilaksanakan dalam bentuk kem dan rintis di semua sekolah rendah.

Sehubungan dengan itu, di bawah ini dilampirkan Buku Panduan dan Modul Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) program j-QAF tahun 2015 sebagai rujukan dan panduan pihak sekolah untuk melaksanakannya :

PINDAAN JADUAL KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (KAFA)
Sukacita dimaklumkan bahawa sempena bulan Ramadan Al-Mubarak, jadual waktu sesi pengajaran dan pembelajaran Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA) bagi Kelas Agama Petang akan dipinda seperti jadual yang dilampirkan :


Sekian untuk makluman, terima kasih
SAYEMBARA PENULISAN KREATIF (INFO GRAFIK DAKWAH) PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, KPM menganjurkan Sayembara Penulisan Kreatif (Info Grafik Dakwah) peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2015. Ia terbuka kepada :

  • Pegawai dan kakitangan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  • Guru-guru dan kakitangan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Pensyarah dan kakitangan Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Tarikh tutup sayembara ini ialah pada 30 Jun 2015
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan penyelaras sayembara En Ruzain Syukur Bin Mansor, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, KPM di talian 019-2103267 atau e-mel : ruzainsyukur@gmail.com

Syarat pertandingan beserta borang penyertaan boleh dimuat turun di bawah ini :

SEMINAR MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN REMAJA
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan akan menganjurkan Seminar Motivasi dan Pembangunan Remaja Tahun 2015 pada 1 Jun 2015 (Isnin) bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu, mana-mana pelajar Tingkatan 1 hingga 5 yang berminat ingin menyertai seminar tersebut perlu mengisi dan menghantar borang penyertaan yang disediakan di bawah ini kepada Urus Setia JHEAINS di talian faks 06-6789763 pada atau sebelum 25 Mei 2015.


Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Puan Ismayda, Puan Fauziah & En. Syazwan di talian 06-6751206


Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
KETUA SEKTOR
Images: KS Ust Wazir 1.png
TN MOHD WAZIR BIN HAMZAH
KETUA SEKTOR
SPI JPNS
KALENDAR
MASA ITU EMAS
Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]