Skip to main content

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

"Mempersiapkan dan Memperkasa Pendidikan Islam Menuju Pembentukan Ummah yang Gemilang, Berilmu, serta Berakhlak Mulia adalah suatu langkah yang penting dalam membangun masa depan yang lebih baik. Dalam upaya ini, kami berkomitmen untuk menghasilkan generasi yang tidak hanya cerdas secara akademis, tetapi juga memiliki kepribadian dan akhlak yang mulia. Dengan pendekatan yang holistik terhadap pendidikan, kami bertujuan untuk menanamkan nilai-nilai Islam yang akan membimbing setiap individu dalam perjalanan hidup mereka, sehingga mereka dapat memberi kontribusi positif bagi masyarakat dan menciptakan ummah yang sejahtera dan berdaya saing."

 

TENTANG KAMI

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan komited dalam merancang, menyelaras dan memperkasa pembangunan pendidikan Islam secara holistik merangkumi kurikulum, latihan, penjawatan, pembangunan sahsiah, serta nilai dan adab, demi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya tahan selaras dengan tuntutan Islam dan aspirasi negara.

FUNGSI SEKTOR

UNIT PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI

  • Merancang, menyelaras, melaksana dan menilai keberkesanan program-program berkaitan pembangunan adab dan nilai pendidikan Islam di peringkat negeri.
  1. Menyelaras kajian bagi penilaian keberkesanan program-program
  2. Melapor hasil kajian
  • Mengupayakan pegawai pendidikan Islam PPD dalam memberi sokongan kepada sekolah.
  1. Kepimpinan Islam dan pemimpin dakwah guru pendidikan Islam KPM
  2. Membangun sahsiah guru pendidikan Islam dan murid KPM
  • Menyelaras jalinan dan jaringan dengan pihak berkepentingan dalam mengoptimum potensi diri murid.
  1. Menjalin hubungan dan usaha sama bersama-sama rakan strategik, badan-badan  dakwah atau pihak luar
  2. Mengoptimum potensi diri murid dalam pemikiran Islam dan berdaya tahan dalam menangani isu-isu penyelewengan akidah
  • Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program-program khas pendidikan Islam
  1. Program SUMUR
  2. Manual Pendidikan Sivik dan amalan Nilai Murni dalam perhimpunan
  3. Program-program Adab dan Nilai
  4. Hari-hari kebesaran Islam

UNIT PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

  • Mengumpul dan menganalisis prestasi pencapaian pendidikan Islam bagi mengenal pasti trend dan potensi risiko
  • Mengenal pasti isu-isu utama berkaitan prestasi pendidikan Islam di sekolah dan membangunkan/ menyesuaikan program penambahbaikan prestasi sekolah
  • Memberi khidmat nasihat kepada guru pendidikan Islam berkaitan garis panduan dan amalan terbaik dalam kurikulum, pedagogi dan penilaian (CPA)
  • Merancang latihan dan penyesuaian kurikulum/ modul pendidikan Islam bersama penyedia latihan
  • Merancang dan menyelaras latihan dan pembangunan kompetensi barisan hadapan dan guru-guru SMKA dan SABK;
  1. Pengetua & GPK
  2. Latihan dalam perkhidmatan
  • Merancang dan menyelaras pelantikan dan pertukaran barisan hadapan seperti Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan & GKMP di SMKA & SABK
  • Merancang, mengenalpasti, memantau dan mengawal selia keperluan sumber di SMKA dan SABK
  • Permohonan guru Interim, permohonan guru tetap, permohonan tukar lantik dan lain-lain
  • Pembangunan fizikal sekolah dan asrama
  • Data dan maklumat perjawatan guru sekolah agama KPM
  • Pengurusan kewangan yang berkaitan belanja mengurus tahunan
  • Mengawal dan menyelaras kemasukan murid ke SMKA & SABK mengikut ABM yang telah ditentukan
  • Merancang serta menyelaras permohonan peruntukan penyelenggaraan dan perolehan bagi SMKA dan SABK
  • Menyelaras permohonan SABK dalam belanjawan Kerajaan Negeri
  • Menyelaras dan memantau peruntukan khas yang diturunkan kepada Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SABK, SAN/SAR, SARKAFA dan tahfiz swasta.
  • Penyaluran peruntukan bantuan kewangan kepada semua sekolah agama luar KPM (SAN/SAR, SARKAFA, Tahfiz swasta)
  • Menyelaras Permohonan Pendaftaran SABK oleh SAN/SAR
  • Menjadi urusetia MoU antara Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri.
  • Menjadi urusetia mesyuarat antara Bahagian Pendidikan Islam KPM dan Jabatan Agama Islam Negeri.
  • Menjadi urusetia bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit antara KPM dan Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri & LPS
  • Menganalisis dan mengawal selia  data Pendidikan Islam peringkat negeri

CARTA ORGANISASI SEKTOR

PERKHIDMATAN

Fungsi Sektor Pendidikan Islam (SPI) adalah untuk merancang, melaksana, menyelaras dan memantau program serta dasar pendidikan Islam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara fungsi utamanya ialah:

Merancang

Aktiviti pendidikan Islam yang terancang kunci pembelajaran berkesan, menyampaikan ilmu agama dan membentuk akhlak pelajar secara interaktif.

Menyelaras

Menyelaras kurikulum pendidikan Islam – termasuk Pendidikan Islam, Bahasa Arab, dan Jawi di sekolah rendah dan menengah.

Memantau

Pemantauan pendidikan Islam penting untuk menilai kurikulum, pencapaian pelajar, dan memastikan ia memenuhi harapan masyarakat.

Melaksana

Memantau pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran terjamin.

SEMAKAN

Semak kemasukan ke institusi pendidikan seperti SABK, SMKA, dan program SMKA T6 Tahfiz di laman web ini. Kami sediakan kemudahan untuk memeriksa status permohonan dan mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan mudah.